12/3/13
7/2/13
~Si DiA~
10 perkara aku tak boleh lari
1.air terjun
2.pizza
3.kasut convernce
4.tafsir
5.wallet tropicana
6. roti canai
7. nyanyian semasa pemanduan
8. lagu bersama "devotees"
9. kek coklat
10. cakoi
******************************
bila tengok air terjun,terasa dia si sana bersama,
bila pergi kedai pizza,teringat permintaannya yg sering ku tepis2kan..hihi
bila usha kasut ala2 style lelaki tu,teringat pule kasutnya..
bila buka tafsirku,teringat kegarangan si dia mengajarku..
bila pegang walletku,teringat pemberian si dia..
bila makan roti canai, teringat bebelan si dia mengidam pagi2 buta..
bila memandu sambil nyanyi,si dia akan merungut kecil akan suara merduku..
bila dengar lagu devotess tu kami akan jadikan ia seperti seirama senada
hanya kek coklat dia aku boleh masuk untuk ditelan
dia yang kenalkan aku apa itu cakoi
walau dia tidak sepertiku,
walau dia selalu begitu,
walau dia kelihatan mcm tu,
dia tetap adik aku
::missherbadly::
~penulishati~
1/2/13
conTengan JalanaNku
COnteNgaN jalANan AkU
1990-1996 :
melihat indah nya bumi di pekan dan kuantan,dan mula mengenali huruf2 alif,ba,ta, dan A,B,C.. mula mengenali apa itu OooSoomm,apa itu main tenteng, apa itu kona kondi...dan mula mengenali erti kawan..
1997-1999:
ku lihat ada perbezaan kuantan dan sungai petani..ya,di sini pula contengan jalanan yg tercoret utkku..di sini ku mula mengenakan pakaian seragam berkain hitam berkasut putih bersize 3 rasanya..mula mengenali erti disiplin diri..mula mengenali erti berdikari..mula belajar naik bus,mula belajar erti ekonomi(masa rehat sek)..mula belajar erti kepimpinan(tibe2 jd pengawas)..
masa ini juga,aku mula mengerti erti hidup pada permulaannya..
mula faham apa itu pengorbanan ibu..
mula rasa timbul tidak mahu apa2 dari mereka,hanya mahu masa mereka utk bersama ku dan adik bradikku..walhal masa itu aku hanya berumur 7-9tahun...
2000-2012:
episod penghijrahan buat keluargaku tanpa ayah di sisi..
mula hendak cuba mematangkan diri..setelah melihat kepayahan seorang ibu membesarkan anak2 yg pelbagai kerenah.
aku cuba utk belajar berdikari..dan berdikari..aku mesti tahu utk hidup sendiri..
2003-2005:
kain hitam bertukar biru.alangkah seronoknya aku tika itu. semasa ini,daku mula menjinak2 dengan mengambil aliran arab di sekolahku..
kawan2 di sini banyak mengajarku erti persahabatan sejati..walaupun mereka sewaktu ini tidak semenggah mana,namun jika diupdate skg,masing2 hampir ke kerjaya yg dikejar.syabas kawanku.
teringat kembali episod kami berkejaran dengan cikgu..kami gelar "cikgu penyapu".. memang rasa nakal masa itu hanya Allah yg tahu.tapi nakal2 kami,kami budak nak belajar..
PMR pada masa itu,aku tekadkan utk mendapatkan yg terbaik..
alhamdullilah..Allah izinkan..
2006-2007:
kali ini aku mula mencari punca minatku dalam bidang yang akan aku pilih utk masa hadapan. YA, CIVIL eng.. walaupun masa itu aku hanya tahu perkataan Arkitek.. lantas sek tek cheras telah tercatat utkku teruskan kehidupan..
di sini,aku mula mengenal usrah..
di sini aku mula membentuk keperibadian dalam kepimpinan..
di sini aku mula menjadi seorang hamba kepadaNYA..
masa ini aku telah berumur 17 tahun..
16 tahun aku telah sia-siakan kehidupanku...Allah..
2008-2009:
KMM tercinta,menjadi pujaanku..
di sini ku menjejak langkah utk meneruskan amanah peribadi dari Allah..
dan di sini aku makin rasa tenang apabila mendekatkan diri dengan aktivti di surau/masjid..
dan di sini, aku mempunyai sahabat2 yg sangat menarik dan dirindui..
dan semasa ini aku mula belajar berjauhan dengan keluargaku..
2009-kini:
daku tekad ingin pulang ke kampung halaman,
lalu di kg ku hanya ada UMP ..
butang submit telah ku tekan,dan tawaran menjadi impian.
Alhamdulillah.. Allah bagi lagi...
di sini, aku mula belajar hidup Ala2 Universiti..
lebih kurang matrik..
tp yg bestnya.. di sini ada usrah lagi..
di sini mcm2 aku pelajari,
study,
sahabat,
ukhwah,
adik,
kakak,
kepimpinan,
keyakinan presentation,
dan pengalaman LI tidak ku lupakan..
dan projek2 akhir tahun
kini...
menjelang 2013..
aku hampir mencecah 23 tahun... Allah...
apa yang aku telah usahakan untuk islam?
TIADA..
Allah...Allah...Allah...
nikmat mana yang aku boleh dustakan lagi..
maafkan aku Allah..
terima kasih Allah..
berikan aku kekuatan utk terus istiqamah di jalan yg engkau redhai walaupun manusia tidak menyukainya..
~penulis hati~
12.40am
3 Jan 13
meja study C61**
10/26/12
qurban 26 oct 2012
hanya kepada Allah ku letakkan pergantungan dan berserah.
memberi segala benda yang aku sendiri tidak mampu beri sepertimana aku dapat semasa kecil.
tabahkan hatiku, hati ibuku, hati adik beradikku ya Qawiyyu...
memandang erti pengorbanan yang 1001 tafsiran dalam kehidupanku.
novel "contengan jalanan" menjadi penguat dalam erti kehidupan yg realiti kini.
novel "Al-Quran Al karim" menjadi penguat zahir dan batin dalam mencari erti aku hidup di bumi..
" the man who decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh"
kalo dies on tenth hour tu pun da kritikal... T_T
5/31/12
menyendiri lagi
11/28/11
::TeRiMa KaSiH Allah::
10/17/11
TeLL me WhY?
a song of love for every boy and girl
the sky is blue and fields are green
and laughter is the language of the world
then i wake and all i see
is a world full of people in need
tell me why
does it have to be like this?
tell me why
is there something i have missed?
tell me why
coz i don't understand
when so many need somebody
we don't give the helping hands
tell me why...
everyday i ask myself
what will i have to do to be a man
do i have to stand and fight
to prove to everybody who i am?
is that what my life is for
to waste in a world full of war?
*****************************
10/10/11
9/24/11
ujian
TanPa aRah
8/26/11
PerLuKaH?
8/24/11
~ramadanku oh ramadanku~
~ramadanku oh ramadanku~
Alhamdulillah. hari ini masuk Ramadan yang ke 25. Sewaktu jari ini menaip, suasana yang tenang menemaniku pada dingin malam sepertiga ini. Aku berada di ruang tamu rumahku. Semua sudah masuk tidur, nanti jam 5am perlu sahur. Aku? Aku masih tidak boleh tidur, ada kerja yang perlu aku lakukan sedikit.
“ramadanku oh ramadanku” menjadi tajuk entry ku kali ini. Kenapa? Banyak episode di sebalik tabir Ramadan kali ini. Bermula 1 ramadan hingga hari ini. Pertama ini kali pertama aku berpuasa di kolej kediaman 4. Di mana port kami bersahur dan berbuka di awal bulan Ramadan ialah restoran Safiyah. Dan seperti biasa aku juga akan berbuka puasa di masjid, dan keunikan kali ini, masjid di kampus aku sedang dibaikpulih, jadi kami beriftar ramai-ramai di atas jalan tar. Seingat aku, Ramadan ke dua aku berbuka di dalam kereta dengan sebiji kurma kerana mengambil teman aku yang baru pulang ke ump. Pernah juga seingat aku 2 kali berbuka di padang MPK kuantan yang berdepan dengan masjid negeri itu. Sekali bersama MPP, dan lagi satu bersama fasi unit sambutan n protocol. Selain itu, pernah juga aku berbuka di masjid di pekan bersama fasi unit aku juga,aku bawa mereka ke bazar di Bandar pekan sewaktu itu. Waktu itu, aku datang mengejut ke pekan dengan membwa unit gambang ke sana untuk melihat keadaan di pekan.
Selain itu, aku juga berbuka dengan teman2 MPP ku di luar. Dan ada juga aku berbuka puasa bersama sahabat seperjuangan aku. Dan ada juga pernah berbuka di restoran arab kerana teman aku nak belanja. (^_^). Masya Allah, aku bersyukur dengan rezeki yang Kau berikan
Tetapi, episode ini paling terkesan dalam hidupku.
Episod Musafirku mengenali keluarganya
Semua ini ketika aku di ump. Seingat aku, tarikh 16 ogos 2011 aku bermula cuti daripada kerja aku. Aku mula bertolak dari ump jam 11.35am. sebelum itu, aku menghubungi dia untuk memberitahu bahawa aku sudah bertolak, dan dia memberikan panduan ke rumah neneknya. Dengan memasang lagu raya menaikkan semangat aku untuk memandu. Dengan berbekalkan doa dan tawakal aku memandu kearah tol gambang. Yela,mana pernah aku memandu seorang diri. Sampai saja di tol maran, aku menghubunginya lantas dia menunjuk arah kepadaku berdasarkan peta yang aku buat sendiri.hehe.
Aku ingat dekat sahaja Bandar tun razak itu, rupa-rupanya agak jauh juga,hehe. Pernah sekali,eh,beberapa kali rasanya aku tersalah jalan, aku tidak salahkan dia kerana aku tau diapun jarang lalu di situ. Kerana salah jalan itu, membuatkan aku cepat mengingati jalan-jalan yang ada.aku tau dia menungguku penuh debaran. Aku pun berdebar hendak ke rumah neneknya kerana pertama kali bertemu dengan sanak saudaranya,(macam nak berjumpa dengan bakal mak mentua pulak ya,jangan fikir bukan-bukan ya, ini nak berjumpa dengan keluarga adik kesayangan)heheh.
Dengan berbekal kan arahan, akhirnya aku tiba jua di rumahnya yang betul2 berhadapan dengan masjid. Aku tiba pada jam 1.45pm tidak salah aku lah. Melihatnya menungguku di pintu membuatkan hatiku lega.sebab? tak salah rumah lah..hehe..dan sebab dapat melihat wajahnya yang ceria itu. Selesai bersalaman dengan neneknye, aku di bawa oleh “angah” ke biliknya. Masuk saja ke bilik, nani menegur aku, “da sampai?” hehe.. terlupa nak bagitahu, sahabatku hanani turut bersama dengan angah di rumah nenek. Mungkin kerana keletihan, aku tertidur selepas bergurau senda dengan mereka.
Pada jam 4 pm aku terjaga, dan aku mengajak mereka untuk membawaku pusing kampong. Petangnya kami ke bazar bersama rafidah (kawan angah). Panjang bazar tu, letih kami nak memusingnya. Kami beli juadah untuk berbuka puasa. Dan inilah kenangan aku berbuka dengan suasana kampong setelah sekian lama aku tidak menikmatinya.Alhamdulillah. =) dan lagi satu, neneknya memanggil aku “along”.hehe.
Di sebelah malam kami sambung moreh sambil bersembang-sembang. Dan pada jam 11.30pm macam tu, kami lepak di tangga rumah. Sambil menikmati lagu dari hp angah. Dan sebenarnya aku dah plan dengan nani sebab 17hb tu birthday angah.jadi tepat jam 12am kami masuk ke bilik, angah ke mana tah,jadi kami meletakkan hadiah yang tak seberapa di atas katil lalu berpura2 tidur.tetapi tak jadi sebab asyik nak tergelak.haha.kelakar n manis saat itu. Dan selepas wish padanya, masing2 tidur dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.hmm…
Esoknya sahur pertamaku di kampong, sejuk, selepas sahur, mandi…lagi sejuk tapi best. ^_^..pada jam 7am lebih kurang kami pusing-pusing luar rumah menghirup udara segar. Serius aku memang sukakan suasana itu, lagi-lagi bersama dengan orang yang aku sayang, dan tepat jam 8am kami bertolak pulang ke kl.
17 ogos 2011 -Tiba di kl jam 11.10am’
Selepas menghantar nani ke rumahnya, kami menuju ke stesen LRT untuk menaiki lrt ke puduraya. Sepanjang di dalam lrt aku memandangnya.(yela dah angah duduk depan ayong.heheh) sampai di pudu aku terngaga..sebab da lama tidak ke pudu dan pudu sudah berubah wajah. Kami terus membeli tiket ke sabak bernam yang akan betolak jam 2pm. Jam di tanganku pukul 12.30pm lalu kami terus ke surau dan berehat.
Sepanjang perjalanan ke sabak bernam aku asyik tidur saja, kata nak melihat jalan.haisss…=.= huhu.dan kami tiba di sungai besar jam 5pm disambut dengan senyuman yang manis oleh mak angah. Aku di bawa terus ke bazar sungai besar. Segan waktu tu toksah cakaplah, memang segan la weh. Tak tau nak sembang apa.yang angah dah tersengih-sengih.aiss….+_+
Aku ingat lagi sewaktu tiba di rumahnya, aku rasa teruja, memang best suasana rumahnya, mak angah berpaling padaku dengan mengatakan “ayong, maaflah rumah kami ni tak seberapa” aku senyum dengan menggelengkan kepala. Aku disambut baik oleh adik2 angah, Islah dan Iman. Kali kedua aku menjejak kaki ke rumah kawan (pertama di Melaka rumah kawan sematrik). Dan aku di bawa ke atas untuk ke bilik. Di bilik, aku di usik oleh angah, haiss angah ni.dah la aku ni pemalu orangya(yaka?)
Dan aku berbuka puasa bersama sebuah keluarga yang bahagia pada matakacaku.sangat indah saat itu. Ya, berbuka puasa yang ke 17 ramadan. Pada malamnya aku berehat saja di bilik sambil bergurau manja dengan angah, hmm..tiba-tiba rindu akan angah. Mesti dia dah tidur sekarang, yela dah pukul 2.30am ni ..esoknya sahur dengan mereka, dan siangnya aku di bawa berjalan bersama nusaibah (fiza) dan angah la, dia bawa aku pusing Bandar sabak bernam,perasaan aku memang tidak boleh ditafsir melalui kata-kata…(T_T) seronoknya hanya Allah yang tahu, aku tahu,angah mesti letih menjawab terima kasih aku.hikhikhik..esoknya pula aku di bawa menikmati laut. Dan kami sempat mencari remis, di mana pertama kali la jugak bagiku.huhu.. dan kami berehat di anjung rumahnya,sambil menikmati ayam-ayam berkeliaran(kawan aku tu,hehe) sambil menikmati suasana hening.. sebelah petang aku di bawa ke bazar di sabak pula dan kali ini berbuka sekali dengan along angah.. Dan keesokkanya aku terpaksa pulang ke kl semula. Yela, aku belum lagi berpuasa bersama keluarga tercinta. Tetapi perasaan aku berbelah bahagi, kalau boleh nak ibu n adik aku rasai sekali pengalaman aku ini. Terima kasih Allah, terima kasih angah.^_^
Hmm… ini lah episod yang aku rasa episod yang perlu aku rakamkan dalam hati aku kerana aku tahu, mungkin aku tidak berkesempatan untuk merasai suasana ini lagi.angah, terima kasih sayang kerana sudi berkongsi dengan ayong. Sangat-sangat terharu. Sangat gembira dapat mengenali keluargamu. Bagi ayong, ini Ramadan yang istimewa bagi ayong. Dan ibuku juga sempat bertemu dengan mak angah keesokannya. =P
Oklah, letih plak rasa…
Jam pun da nak pukul 3am, sebentar lagi nak sahur, nak tidur sekejap.
Salam Ramadan ke 25
Di ruang tamu teratak burukku- jam 3.01am
Penulis hati
8/14/11
salam ramadhan
8/1/11
mencari kamu
7/7/11
DIA





