6/27/11

SuRat UntUkMU

(surat ini ku tujukan untukmu)

ERTI SEBUAH KEHIDUPAN

"bismillahirrahmanirrahim....
assalamualaikum warahmatullah w.b.t

ke hadapan buat seorang teman yang sgt aku sayangi...
semoga dikau dapat membaca penaku ini...
sesungguhnya daku bukanlah teman yang terbaik buatmu...
apatah lagi seorang kakak mahupun seorang guru untuk
mengajarmu erti sebuah kehidupan...
tetapi...
atas perasaan sayang yang hadir dalam hatiku ini...
hati yang tertaut hanya kerana Allah...
lantas ku coretkan surat ini untukmu...

wahai temanku...
ketika itu...
di satu tempat itu...
tatkala daku melihat air matamu...
sebak di dada ku melihatmu...
apatah lagi dirimu yang melaluinya...

temanku...
daku bersyukur tatkala dikau mengatakan ingin belajar...
hanya Allah saja yang tau...
gembiranya hatiku...

temanku...
aku hanya mampu meminjamkan telingaku untuk
mendengar,
aku hanya mampu memberikan bahuku untuk
sandaran kepadamu...
aku mahu kau tahu...
aku sedia untuk mu...

temanku...
tabahkan hatimu dengan ujian daripada Allah...
yakinlah Allah tidak pernah silap dalam pentadbiranNYA...
semua yang berlaku atas kehendakNYA...
ketentuanNYA...
kuasaNYA sekalipun tidak akan berkurang...
andai kita tidak menyembahNYA...

biar daku ceritakan erti kehidupan kepadamu...

"erti kehidupan"

Allah tidak pernah berjanji bahawa kehidupan ini akan sentiasa mudah...
kerana...
asas KEHIDUPAN itu adalah ujian serta cabaran...
Allah berjanji Dia akan bersama denganmu di sepanjang KEHIDUPAN ini...
kerana apa Allah menciptakan KEHIDUPAN?
tiada sebab melainkan untuk melihat apa yang kamu
usahakan dalam KEHIDUPANmu...

itulah sebabnya mengapa yang tidak masuk islam pun masih boleh berjaya...
kerana mereka telah BERUSAHA dalam KEHIDUPAN mereka...
dan...
kenapa orang yang lahirnya islam, tetapi masih ada yang berbuat jahat?
kerana mereka tidak pernah BERUSAHA dalam mengenal tuhan mereka,
kerana mereka tidak pernah mendalami apa agama yang mereka anuti...

adilkah tuhan?

ya...tuhan itu adil sayangku...

yang lahirnya bukan islam boleh mendapatkan islam jika mereka BERUSAHA mendapatkannya...

yang lahirnya sememangnya sudah islam boleh hilang keislamannya jika...
mereka tidak BERUSAHA mempertahankannya...

dirimu umpama seorang bayi yang baru dilahirkan di bumi Allah ini...
ingatlah pesanan ku ini...

"USAHAKAN YANG TERBAIK UNTUK KEHIDUPANMU"

daku sentiasa mendoakan dirimu dan yang lain2 sekali...
daku peringatkan diriku juga...

sekian, salam sayang dariku

penulis hati
2.23am
28 jun 2011
di bilikku-kolej



No comments:

Post a Comment