9/27/10

MuhaSabAh cinTaKU

Wahai...pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini
berat ujian dariMU
ku pasrahkan semua padaMU

Tuhan..baruku sedar
indah nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini ku harapkan cintaMU

kata-kata cinta terucap indah
mengalir berzikir di kidung doaku
sakit yang kurasa
biar jadi penawar dosaku

butir-butir cinta air mataku
teringat semua yang Kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi...
Muhasabah cintaku

tuhan...kuatkan aku
lindungiku dari putus asa
jika ku harus mati
pertemukan aku dengan MU

9/1/10

~setangkai mawar secangkir ukhwah~

assalamualaikum semua...

saat ni penulis berada di dalam lab CLMHS 7 di blok y UMP..heheh... MR.Balan sedang menge'check' assigment kelas penulis... sambil die check, sambil tu juge penulis menambah entry di sini,.... huhuhuu...(maap mr.balan)

kini sudah melangkau ramadhan 23 ... namun persiapan ku sebagai hambanya yg lemah sering kali terleka dlm meningkatkn amal ibadat di bulan mulia ini...namun, dorongan dn sokongan sahabat2 telah membangkitkn semgat penulis utk bersama qiammulail... alhamdulillah....

pade satu ketika, kami berpakat untk berbuke puasa di umah sahabat kami di area kuantan... rancangan kami adalah ekspidisi KONVOI... huhuhu...kami mula berkumpul jam 2.30pm(sepatutnya jam 2 tetapi perempuan tau2 je la bersiap)..dua kereta telah menunggu kmi di petronas.. penulis si tukang drebar,,.. sambil menanti sahabat2 lain bersiap,lagu maher zain berkumandang di dalam kereta viva kelabu ijau kepunyaan kakak kesygn kami semua...

kereta wira yg telah memuatkan seramai 5 penumpang itu dipandu oleh adik, setelah kami berkumpul,kami terus menuju ke petronas di mana lagi 2 buah kereta menunggu dngan setia(setia la sgt...siap msg bertubi2 suruh cepat..hehehe) dan mula la aktiviti berkonvoi kami dlm kembara ramadhan ni....

perjalanan mengambil masa dalam hampir sejam la juga utk tibe di umah sahabat kami itu.. kami tiba di suatu tempat di mana sahabat kami telah menunggu di sana utk menjadi pandu arah ke umahnya..sepanjang perjalanan kami menempuh kawasan felda... dan jam 3lebey kami tiba di umahnya... kami disambut mesra oleh mak n ayah beliau..
lalu pembahagian kerja dijalankan di mana lelaki memanggang ikan dan memanjat pokok buah, perempuan ape lagi..di dapur la...huhuhu

yang nk tergelak, pisau ade beberapa bilah saje,tetapi kakitgn assistant punyerla ramai.. hihii... kami mula dngan memtong daing,potong sayur kobis,potong bawang..hmm... lauk yg bakal dihidangkan ialah daging singgang(tau x?)

kami,sambil membantu masak (bantu je pun da nk tunggang langgang dapur tuan rumah) kami bermain2 mesra dengan adik2 beliau yg cumel2 blako...dlm jam 6 lebey makann dihidangkan di ruang tamu, kain dihamparkan lalu lauk dihidangkan...menu air pula ialah ribena n 100+...kridet to sahabat penulis dlm membuat air ribena yg sedap... sambil menunggu azan berkumandang,sahabat kami memberi sedikit ucapan terima kasih atas kesudian kami dtg ke umahnya..

kami menanti dengan penuh kesabaran,lauk2 yg kami bantu masak td seakan2 memanggil nafsu kami utk menjamah mereka secept mungkin...lalu dlm jam 7.17pm azan berkumandang di dlm radio yg dipasangkan..kami berbuka dengan penuh kebahagiaan...kami juga di hidangkn dengan kuih puteri berendam...(sedapppp)...

selepas berbuka,dengan perut yang penuh,kami menunaikan solat mgrb jemaah..selepas itu mendapat sedikt pengisian dari seorg akh yang cukup berwibawa dalam sirah2 nabi ini... setelah menunaikan solat isyak,kami memohon utk beransur pulang kerana takut tibe ump lewat..dlm perjalan pulang kami menempuh high-way...dan ujan sangat lebat waktu itu sampai la kami tibe di UMP...

ini adalah kengan yang paling best dlm aktiviti menziarahi sahabat ...moga ukhwah yang mantap ini dpt berkekalan hingga akhir hayat walaupun kite semua sudah tidak sehaluan di ump lagi..untuk sahabt kami, time kaseh kerana sudi menjemput kami ke umah beliau.. huhuhu

dlm surah al-hujurat
"setiap manusia yang beriman ialah bersaudara"

alamak! mr.balan sudah nk bg speech.. nmopknyer penulis kene beransur dulu...nanti penulis sambung next story..
ok


sedikit coretan dari
penulis hati