2/21/11

Kempen..Kempen Dan Kempen


Tinggal hanya beberapa jam lagi untuk sesi berkempen bagi prk kali ini. Bagi yang mengikutinya, sudah tentu terasa suasananya. Dimana-mana sahaja poster digantung. Bagi colon-calon itu sendiri, debaran sudah tentu terasa. Kempen-kempen giat dilakukan. Manifesto semakin hangat.

Alhamdulillah, semalam berpeluang meluangkan masa meronda di sekitar ump sambil berkempen. Terima kasih kepada jentera-jentera yang begitu bersemangat menyokong saya.

manifesto di kk4



terima kasih kerana menyokong =)

jangan lupa undi ^_^
suasana prk..
meronda di sekitar ump...


sesi menghias kereta ^_^


wahhh..besarnya

Esok adalah hari penentuan. Kepada semua mahasiswa ump, jangan lupa untuk turun mengundi. Undian anda sangat berharga untuk menentukan siapakah peneraju kepimpinan mahasiswa. Pilihlah pemimpin yang dirasakan layak. Bukan kerana rupa, bukan kerana glamour tetapi kerana dia mampu bekerja. Pilihlah pemimpin yang baik, baik peribadi, baik akhlak, baik penampilan dan yang paling penting baik agamanya.
Anda mahasiswa cakna? Ayuh!! Laksanakan kewajipan anda esok!

No comments:

Post a Comment