4/25/11

~aku insan yg lemah~

bismillahirrahmanirrahim

saat ku titipkan ini, tirai malam tidak berbintang,
lantai langit tidak berawan..mungkin hendak hujan agaknya...
dan kebanyakan bilik2 masih lagi menyalakan lampu menandakan mereka masih study...mood exam final la katakan...

alhmdulillah, syukur, jantung d dada ku masih berdegup dengan normal mengikut arahan daripada penciptanya...

hampir beberapa bulan, aku tidak berkesempatan utk menulis apa2 di entry ku ini...

semalam genap 2 bulan aku memikul amanah daripada Allah di bumi ump ini...

hmm... pada 25 februari 2011, satu detik di mana aku dpt merasakan satu tgjwb yg diberikan daripada mantan kepadaku selaku setiausaha agung... seawal kenaikan aku di alam kepimpinan ini, aku terumbang ambing...sgt2 terumbang ambing....tp Allah itu maha Penyayang kepada hambanya, Dia sentiasa ada d saat aku jatuh...

dlm tempoh dua bulan ini, pelbagai rintangan kami (24 orang yg di amanahkan mjd wakil suara2 mereka ) hadapi.....

tibe2 aku teringat sahabt2 rasul yg aku cintai...

Sultan Al-Fateh
sultan Salahuddin Al-Ayubi
Salman Al-Farisi

dan ramai lagi sahabat yg hebat...

aku rasa kerdil sgt dlm bidang kepimpinan ini....

kini aku dalam tempoh proses penyesuaian diri dengan mengimbangi akademik, masa bersama keluarga,kwn2....

keluarga....hmmm....
di saat ini, aku sgt2 rindukan kehangatan dakapan ibuku....
air mata yg mengalir ini x mampu menggantikan pelukanmu ibu...
aku tau, aku bnyk berdosa denganmu ibu...

nantikan kepulangan anakmu ini....

dalam aku sedang mentelaah, aku dikejutkan dengan berita pemergian seorg datuk kepada salah seorg adik aku di ump ini pada jam 8pm td...alFatihah buat arwah....

dan

sepanjang minggu studi aku hidup agak tidak terarah ...tidak seperti minggu stdy2 sebelum ini....

dan

preparation aku sebgai seorg pelajar yg bakal tempuh alam tahun 3 juga aku tidak persiapkn...

hmm...

lalu aku merenung sejenak...

"yaya,kau nk jd apa ni"

kdg2 aku rasa malu dengan Allah kerana aku sering lalai dlm ibadah....
kdg2 aku rasa malu dengan rasulku kerana aku selalu x ingat baginda....
kdg2 aku rasa malu dengan ibuku kerana aku sudah makin jarang berhubung dengannya...

YAYA, KAU KENE BERUBAH...

DEMI ISLAM.....

BIARLAH ORANG NAK KATA APA

BIARLAH ORANG NAK BUAT APA DENGAN KAU

yg penting.....

FIKIR APA YANG ALLAH PANDANG....

tibe2 aku teringat pesanan seorg akak di ump

"yaya,tahniah menang dalam pilihanraya kampus, tp, ingatlah, sebanyak mana yg mengundi kamu itu menyayangi kamu, baki yg tidak menyokong kamu ialah org yg mungkin tidak menyukaimu..."

aku terkedu mendengar ...

itulah ayat2 paling memberangsang dan sentiasa menyedar kan aku di kala aku kelalaian dlm menjalankan tugas...

aku sedih, dlm tempoh aku memikul tgjwb ini, aku masih lagi tidak mampu menegakkan islam...malah islam dipermain2kan...sedih sgt dengan peristiwa itu...mungkin inilah dugaan yg org lain selalu perkatakan...

Allah....masih jauh lagi perjalanan aku dlm mejlnkan tgjwb yg Kau amanahkan ini...adakah aku sempat memikul amanah ini sebaik mungkin?

atau...

tidak?

hmm....

bumi sudah makin tua,
umurku semakin meningkat pula,
sekejap saja sudah tahun tiga,
amalan2 ku tidak meningkat pula...

astaghfirullah....

apa nk jd dengan aku ni....

Ya Qudus....Kau sucikanlah hati aku ini daripada segala noda2 syaitan yg mbisik kata2 manis utk melakukan segala kemungkaran...

ampunkan aku ya Allah....

jom qiam.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN DUNIA & AKHIRAT

~penulis hati~

No comments:

Post a Comment