2/21/11

Kempen..Kempen Dan Kempen


Tinggal hanya beberapa jam lagi untuk sesi berkempen bagi prk kali ini. Bagi yang mengikutinya, sudah tentu terasa suasananya. Dimana-mana sahaja poster digantung. Bagi colon-calon itu sendiri, debaran sudah tentu terasa. Kempen-kempen giat dilakukan. Manifesto semakin hangat.

Alhamdulillah, semalam berpeluang meluangkan masa meronda di sekitar ump sambil berkempen. Terima kasih kepada jentera-jentera yang begitu bersemangat menyokong saya.

manifesto di kk4



terima kasih kerana menyokong =)

jangan lupa undi ^_^
suasana prk..
meronda di sekitar ump...


sesi menghias kereta ^_^


wahhh..besarnya

Esok adalah hari penentuan. Kepada semua mahasiswa ump, jangan lupa untuk turun mengundi. Undian anda sangat berharga untuk menentukan siapakah peneraju kepimpinan mahasiswa. Pilihlah pemimpin yang dirasakan layak. Bukan kerana rupa, bukan kerana glamour tetapi kerana dia mampu bekerja. Pilihlah pemimpin yang baik, baik peribadi, baik akhlak, baik penampilan dan yang paling penting baik agamanya.
Anda mahasiswa cakna? Ayuh!! Laksanakan kewajipan anda esok!

2/19/11

sekitar manifesto ke-3

bismillahirrahmanirrahim....
dengan nama Allah maha pemurah maha penyayang...

demam prk masih tidak reda lagi,
jangan terkejut masih ada lagi mahasiswa yang tak tahu lagi,
habis tu macam mana anda semua nak undi,
kalau mahasiswa ump tidak ambil peduli.

GERAKAN MANIFESTO yang digerakkan oleh pentadbiran ump itu sendiri..
sepatutnya ada jentera daripada mahasiswa tetapi telah dibubarkan..
kenapa?
tidak yakinkah mereka kepada kita semua yang bergelar mahasiswa?




jika anda rasa saya layak untuk diundi, dan jika anda pernah mengenali kepimpinan saya, undilah SHAHIRA BINTI MOHD BASIR selaku calun UMUM anda....

manifesto pertamaku









malam ke -2 di pekan... dengan kafe nya yang "comel" membuatkan ramai penyokong2 calon terpaksa berdiri...namun mahasiswa yang prihatin sanggup berdiri untuk mengenali bakal2 pemimpin mereka....





dan pada malam td manifesto aku ke-3 yang bertempat d kafe 1..dengan suasana yang penuh gamat.....ramai mahasiswa yang turun padang malam td...syabas mahasiswa ump!



malam ni aku bertemakan merah










penonton siswi






penuh satu kafe
dengan hampir 20 calon malam tadi bermanifesto telah membuatkan mahasiswa ump keletihan dan hilang mood di saat2 calon2 yang 5 terakhir..itu belum lagi kesemua 53 calon turun manifesto..
kerusi yang akan dipertandingkan
kerusi umum - 8
calon bertanding - 22
kerusi fakulti kejuruteraan awam - 2
calon bertanding - 4
kerusi fakulti kejuruteraan kimia - 2
calon bertanding - 3
kerusi fakulti kejuruteraan pembuatan - 2
calon bertanding - 2 (menang tanpa bertanding)
kerusi fakulti kejuruteraan mekanikal
calon bertanding - 4
kerusi fakulti kejuruteraan elektrik
calon bertanding - 7
kerusi fakulti sains teknologi - 2
calon bertanding - 3
kerusi fakulti komputer - 2
calon bertanding - 5
kerusi fakulti pengurusan - 2
calon bertanding - 3
jadi ayuh semua mahasiswa...
jadilah mahasiswa yang ambil tahu mengenai profile2 calon mpp anda kerana ....
pada 22 februari 2011
jam 9am- 5pm
di kompleks sukan ump
dan fakulti di pekan
anda akan turun untuk mengundi
undilah pemipin yang anda benar2 rasa mampu mendengar suara anda
MAHASISWA UMP HEBAT

2/18/11

Sekitar Manifesto

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Saya, SHAHIRA BINTI MOHD BASIR merupakan calon UMUM bagi kerusi PRK MPP UMP pada kali ini.

SEKITAR MANIFESTO:







Jangan lupa, undilah saya:
SHAHIRA MOHD BASIR
CALON UMUM
~Kebajikan Mahasiswa Perjuangan Bersama~

Demam PRK




Semalam secara rasminya kesemua calon yg bertanding utk merebut kerusi MPP UMP diumumkan. Nampaknya, pilihan raya kampus (PRK) kali ini sangat mendapat sambutan. Namun, masih terdapat kerusi yg dimenangi tanpa bertanding. Dimana calon2 untuk fakulti itu..hehe.

Bahang kehangatannya terasa bermula malam semalam. Sesi manifesto yg pertama telah berlangsung di kafe KK1. Wah..bersemangat sungguh kesemua calon menyampaikan manifesto. Syabas buat teman2 seperjuangan..^_^

Namun, persekitaran UMP masih belum berubah. Poster-poster calon belum lagi kelihatan. Sebab apa ye??.. Hehe..sudah tentu sebab poster tak siap lagi=)

Tapi, kalau nk tengok suasana yg lebih meriah, cuba bukak fb. Meriah sungguh! Lebih-lebih lagi group MINDS 2010. Disinilah tempat calon2 berkumpul. X caye? Try tengok sendiri. Betul kan? Hoho.. Tak terkecuali juga diri ini ^_^

** bersambung..

2/15/11

~pantun hari ini~

gejala demam minggu test telah tiba,
memang standard bagi yang bergelar MAHASISWA,
tapi pointer bukan semata-mata,
mahasiswa yang hebat ialah mahasiswa yang cakna dengan isu semasa!

15 feb-jam 9mlm(astaka)-bicara cinta
16 feb-jam 8pagi-2ptg-perarakan maulidurasul
17 feb-penamaan calon pemilihan MPP 11/12
17feb-21feb-minggu kempen pilihan raya mpp kampus UMP
22 feb - HARI MENGUNDI

ayuh mahasiswa!
lahirkan mahasiswa yang MULTISKILL

2/14/11

rindu padamu ya kekasih ALLAH



Pemergianmu
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu

##########################

Ya Rasulullah, sungguh mulia engkau
Kemuliaanmu Allah dan malaikat menselawatkanmu
Wahai orang mukmin selawatkanlah ke atasnya
Engkau akan mendapat syafaat di Akhirat nanti

Allahummasalliala saiyidina Muhammad

Wahai Nabi engkau adalah cahaya daripada segala cahaya
Engkau adalah rahsia daripada segala rahsia
Engkau adalah penawar segala penyakit lahir dan batin
Engkau juga anak kunci segala kemudahan

Allahummasalliala saiyidina Muhammad

Engkau adalah Rasul pilihan
Pilihan Rasul yang awal dan akhir
Engkau adalah penyelamat umat
Engkau membawa rahmat dan berkat

Allahummasalliala saiyidina Muhammad

Ibadahmu membayangkan kehambaanmu
Akhlakmu membayangkan kebersihan hatimu
Pemurahmu membayangkan dunia tidak ada di dalam hatimu
Sabarmu membayangkan ketahanan jiwamu

Allahummasalliala saiyidina Muhammad

Keberanianmu membayangkan tawakalmu dengan Allah
Orang yang menentangmu engkau doakan hidayah
Engkau adalah manusia luar biasa ikutan semua
Pemimpin yang dikehendaki adalah bayangan peribadimu

Allahummasalliala saiyidina Muhammad


sesungguhnya aku merinduimu ya rasulullah....



penulis hati

2/12/11

~terkenang kesah itu~

bismillahhirahmanirrahim...

sedang aku menyelongkar kembali di picture dlm documentku, aku terjumpe gamba2 di mana bakat kepimpinan aku diasah di sini...mengimbau kembali saat itu, ohh..manisnya...
pengalaman yang x dpt dilupakan..
perit memang perit kerana waktu tu tanggungjawab sebagai penolong ketua fasilitator sgt berat bagiku...

ni gamba2 yang akan ku rindui moment ini...


a picture talk a thousand words

9 - 10 mei 2010
kem PROMINDS 1


time ni baru sampai di kem segamat



berdebar dengan tgjwb yg perlu dipikul sebagai pemimpin


pemimpin stamina kene kuat








perlu berani utk kehadapan


teliti mendengar pandangan orang lain


3july-11july 2011
MINGGU INDUKSI SISWA 2010






mahasiswa baru mendaftarkan diri sebagai mahasiswa ump


perut pun kene isi



fasi2



penolong ketua fasi dan ketua fasi



pemimpin perlu berani








"unit kesihatan masuk..unit kesihatan sila masuk... roger"




pemimpin tak boleh duduk sahaja






"semua fasi2 bersiap sedia, NC nak masuk"



mlm post mortem yg memenatkan




beri taklimat kepada fasi2



ada masa pemimpin perlu serius dlm kerja









beriadah itu perlu bg setiap pemimpin lagi2 bersama mahasiswa







bersama MPP UMP















bersama pensyarah ump






k.yaya, refreshment sket...haa...jom





pemimpin tidak boleh mengabaikan kebajikan international student juga...






subhanallah...mmg best sgt2 time ni....

terima kasih semua fasi2 yang telah memberikan kerjasama yang sgt baik

fasi minds!!!
we are the best!!!



penulis hati