Buat insan teristimewa di dalam kalbuku
Duhai dirimu yg ku rindui
“Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yg sementara
Bagaimanakah bila semua
Hilang dan pergi meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti x kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu
Utk kembali mengulangkn masa lalu”
Duhai dirimu yg ku cintai
“Dunia ini……
Dipenuhi hiasan
Semua……
Dan segala yg ada akn kembali padaNYA”
Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Teman sejati tinggallah sepi
Duhai dirimu yg ku sayangi
ku tahu ada ketika kita rasa berduka
Ada ketika suka menyapa
Ingin ku khabarkan bahawa hanya ada satu sahaja
yang sentiasa Sudi dan sedia berkongsi semua itu
Kongsilah kepada Allah dengan mengucapkan
Alhamdulillah pabila gembira atau pun sedih
Adinda ku…
Sesungguhnya kau mampu menjadi wanita solehah
Kau mampu menjadikan dirimu pembakar semangat perwira
Dirimu juga mampu berkorban demi agama
Malah dirimu juga mampu bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta kita syg….
Adindaku…..
Jika tiba saat waktu aku terpaksa meninggalkan dirimu
Kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan
Ketahuilah bahawa sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Tulus ikhlasmu luhur budimu memang tiada pengganti
Memori kita bersama walau sesingkat bagai sehela nafas
Akan menjadi memori terindah dalam hidupku
Adindaku….
Jika diikutkan hati ku yang berdegup dengan izinNYA
Ingin sahaja aku pergi mengusap air matamu
Tatkala ia menitis kerana di duga dengan ujian daripadaNYA
Ingin sahaja aku menyambut senyumanmu yang manis itu
Tatkala dirimu sedang dalam keadaan ceria…
Ingin sahaja aku memelukmu
Tatkala dirimu amat2 memerlukan teman di sampingmu…
Namun…..
Aku hanya seorang insan biasa
Hanya sebagai pengantara
Di mana saat itu kau memang benar2 memerlukan seseorg
Sebenarnya apa yang dikau perlukan ialah
Air mata yang jatuh di saat kau bersujud pada tikar sujudmu itu
Bersujudlah padaNya sayang
Merintihlah padaNya
Aku tahu….
Kau telah dipilih oleh Allah
Sebagai manusia yang istimewa di sisiNYA
Jika tidak
Mana mungkin dirimu akan diuji sedemikian hebat rupa….
Adindaku….
Maafkan diriku ini kerana tidak mampu membimbing dirimu
Kerana aku juga masih tercari2 jalan yang dikurniaknNYA
Marilah adindaku syg
Kita sama2 mencari keredhaan Allah…
Kita sama2 menjejaki langkah para nabi dan sahabat yg menuju ke syurgaNYA
Berjanjilah dengan ku wahai adindaku….
Berjanjilah bahawa dirimu akan tegas menegakkan apa sahaja yang berlandaskan islam
Berjanjilah bahawa dikau akan menjaga dirimu dari kumbang2 atau pemburu2 yang akan merosakkan
Dirimu….
Berjanjilah sayang
Sayanglah diriku bukan kerana apa yang ada pada diriku
Tetapi….
sayanglah daku hanya dengan sepotong doa darimu utkku….
Ku sentiasa berdoa agar dirimu sentiasa dipimpinNYA ke jalanNYA….
insyaAllah….
Tulus ikhlas dari ku wahai adindaku syg……..
penulis hati
1/17/11
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment