7/7/11

DIA

assalamualaikum...

sedang aku memandu kereta tadi, tiba-tiba handphone sony ku berbunyi spongebob menandakan satu mesej masuk...

"love u!"...

hening seketika....

tiba-tiba kenangan lama mengimbau kembali....

************************************

sekitar tahun 2008/2009

lokasi kolej matrikulasi melaka...

aku ingat lagi bagaimana first kenalan aku dgn dia....
dia bilik berdepan saja dengan bilik aku...
sewaktu minggu orentasi aku aku tak kenal sangat dengan dia...
tetapi, aku pun xtau apa yang buat kan aku makin lama makin nak berkawan dengan dia..
dan, makin lama aku makin syg dengan dia...

aku seperti biasa seorang yang suka bercakap dan berkawan, mempunyai banyak kawan dan teman tetapi, aku tidak ada seorang kawan yang rapat untuk aku selesa bercerita masalah aku pada sesiapa..mungkin atas faktor kisah silam aku dulu...

tetapi dia sentiasa menyenangkan hati aku...
sentiasa suka membuat aku tertawa...
dan yang paling best, dia suke lagu-lagu 90-an...aku pun minat...jadi selalu la memekak mendendangkan lagu-lagu d biliknya... haha....

dia budak hayat...aku budak fizik....
die selalu ckp yg dia xminat mbaca...tp dpt result ok gak...=_="....
hubungan persahabatan kami makin lama makin erat tambah2 kami bergabung menjadi enam ataupun sixth sense...heheh....

aku ingat lagi d mana ada satu malam, aku tibe2 di landa masalah yg bertimpa membuatkan aku (wanita sejati yg xpenah menangis) akhirnya mggugurkan air mata d depan kwn2 aku berenam ini...(malu gak la time ni)... tetapi aku menangis sangat teruk waktu ini...dan dia sangat tenang sewaktu itu...dan dia tau bila hendak mendekatkan diri padaku bila aku bersedia utk memerlukan seseorang pada waktu itu..

dan, apa yang buatkan aku lebih sayangkan die...
dia adalah orang pertama yang tegur aku dalam aku memegang satu tgjwb di sebuah kelab d matrik aku...(aku main2 masa tu)...dan dia tegur...pada mulanya aku terasa...tetapi, aku terpikir, apa yg dia tegur tu mdtg kan kebaikan buat aku kenapa aku perlu terasa...dan dari situ la perasaan sayang membajai hatiku ini....

dan aku ni jenis makhluk yg suke wat mende2 yg cute mute ni... cth nya macam kad, atau key chain... dan dia lah org yg selalu dpt mcm2 dari aku...aku mmg suke kalo hasil karya aku dpt pada org yg aku syg....

sampai sekarang aku masih lagi simpan kad raya dia, surat yg dia bg kat aku utk kata2 semgat...

awak....saya ingat lagi saat2 kita berpisah d matrik dulu...

kite berpisah pada 15 jun 2009 waktu tu kita baru abeh orentasi adik2 baru...ingat x lagi yg kite jenguk bilik kite d b3 (tgk sape junior yg dok situ)...then kite turun kat koridor bawah...saya,dukcik,pkah nk g umah indah waktu tu...len nk g jumpe faiz die...dan awak da nk balik BP xsilap saya... dan di koridor b3 itulah tempat terakhir kita bersalaman utk berpisah...sewaktu itu terasa berat sgt nk lepaskan awak...

saya tak tau awak bace x entry saya ni...tp saya nk awak tau yg saya sgt2 sayang kan awak...

entry ini aku tuju khas buat

adinda SITI ZURAIDAH MOHD KADIS

p/s: i really want to see u


~HAWA~

tahun 2010...

buku diari nya ditutup rapat sambil air mata dikesat.air milo kesuaman di atas meja belajarnya masih lagi tidak diminum Hawa. Hawa, seorang penuntut siswi di ipta semenanjung tanah air. "hmm... moga Allah kuatkan hatiku", detik hatinya. sedang dia berkira-kira hendak buat apa untuk mengisi masanya, pintu biliknya terbuka, "hai hawa, termenung sorang nmpk?"teringat kat sape tu?" tersengih-sengih zu teman sebilik hawa. "eh, xde papelah, xbuat ape pun" hawa mengalihkan mukanya agar tidak dilihat kawan baiknya yang dia menangis sebentar tadi. "eh, kau menangis hawa? kau ok ke x ni syg?" itulah, kuasa Allah, kalau sudah berkawan keranaNYA, soroklah mcm mane pun air mata atau kesedihan, seorg kwn tetap merasai kehadiran itu. "hmm..kau masih ingat kisah hidup kau ke? sudah lah tu... yang dah lepas biarkan... sekarang kau pun dah menjadi 'sumone' kan kan kampus kita, orang melihat kau tau.." zu memujuk.

"hmm...semua orang nampak aku kuat, nampak aku tabah..." hawa mengeluh....

************************************

tahun 1996...

"hawa! bawa basikal itu elok-elok!" ibu hawa memesan kepada anaknya yang berumur 6 tahun sewaktu itu. ayahnya memandang dengan senyuman.kegembiraan keluarga mereka sangat indah untuk dikenang. Hawa anak ke tiga daripada empat adik beradik. seorang anak yang ceria dan agak nakal serta berperwatakan sedikit kelelakian.

sewaktu ini hawa masih lagi belum mengenali erti dunia yang sebenar. hawa sama seperti kanak-kanak lain yang hanya tahu bermain.

tahun 1997...

Hawa memasuki alam persekolahan. tetapi kali ini hawa dan keluarganya berpindah ke sebuah negeri kerana mengikut ayahnya berpindah tempat kerja. di sekolah, hawa seringkali dikenali sebagai 'anak cina'. mungkin faktor kerana matanya yang agak sepet. dan hawa sangat mudah bergaul dengan kawan-kawannya. loceng berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan, murid tahun satu waktu itu ceria sekali berlari-lari menuju pagar. ada yang terus menerpa ibu bapa mereka, dan ada yang menuju ke pakcik makcik yang menjual makanan. hawa seperti biasa berjalan bersama kawan, menuju ke bus sekolah.

"hawa kan?"

hawa menoleh, "siapa makcik ni?" bisik hati hawa.

"ya saya, ada apa makcik?"

"aunty dtg dgn ayah kamu ni, jom, ayah kamu ada dalam kereta."

"ayah?"

hawa mengikuti langkah makcik tadi.

di dalam kereta hawa bersalaman dengan ayahnya..

"mcm mana sekolah hari ni hawa? semua ok?"

hawa sekadar mengangguk. dalam kepalanya giat meneliti makcik yang duduk di sebelah ayahnya itu..

"yah, siapa makcik ni yah?"

ayahnya tersenyum..."panggil aunty syg... bukan makcik... err... ni kawan ayah"

"ooo..." terangguk-angguk kepala hawa... sewaktu ini hawa tidak mengenali erti konsep ibu tiri. jadi ayahnya belum mengambil keputusan untuk memberitahu anaknya itu.

tahun 1999...

semakin lama ayah hawa tidak kerap pulang ke rumah. sewaktu ini hawa sudah memasuki alam darjah tiga. dan disebabkan cikgu-cikgu sekolah nampak ciri kepimpinan dalam diri hawa, dia dilantik menjadi pengawas.di rumah hawa kerap melihat ibunya menangis sendirian. ingin bertanya tetapi takut. sewaktu ini abangnya F5 dan kakak hawa F3. masing-masing di sekolah.adik hawa pula sudah masuk darjah 1.

kadang-kadang setiap petang hawa dan adik akan bermain di luar rumah. dan kadang-kadang juga lah hawa akan ternampak kereta ayahnya melintasi di seberang jalan di depan rumah mereka.. tetapi kereta itu laju menyusur terus dan bukan menuju ke rumah itu. sempat juga hawa melihat ada seorang wanita di sebelah ayahnya. dan hawa semakin lama semakin faham dengan keadaan itu.. tetapi hawa pendam sahaja di dalam hati.

hidup keluarga hawa makin runcing apabila abang hawa mula memberontak, kerana sudah mengetahui status ayahnya itu. ibu jugalah yang payah hendak memujuk abangnya itu untuk bersabar, ibu pernah berkata kepada hawa dan adik beradiknya, niat untuk berpindah ke ibu kota. tetapi niat itu ditahan dahulu untuk memberi laluan kepada abang dan kakaknya menghadapi peperiksaan besar.

awal tahun 2000...

hawa,ibu,adik,kakak,abang menaiki teksi menuju laju ke ibu kota. dan penuh satu lori dengan barangbarang satu rumah mereka di belakang teksi yang mereka naiki. setibanya di ibu kota, teksi terus menuju ke sebuah taman perumahan. mereka sekeluarga telah berpindah ke ibu kota.

petang itu, hawa terlihat abangnya duduk di sudut tangga rumahnya. hawa mendekati abangnya. akan tetapi, langkahnya terhenti apabila melihat abangnya mengesat air mata.

"abang aku menangis kah?" bisik hati hawa,

pernah satu malam itu, hawa mencuri perbualan ibu dan kakak hawa, dia mendengar kakaknya mahu berpindah ke sekolah asrama. kakaknya mendapat tawaran di sbp kerana keputusan yang cemerlang dalam pmr. ibu agak berat hati membenarkan tetapi, kasih ibu, memberi keizinan untuk anaknya berjaya dalam kehidupan.

oleh kerana ibu,kakak perlu ke sebuah negeri yang lain pula untk menghantar kakak hawa ke asrama dengan menaiki bus ekspres, jadi hawa dan adiknya terpaksa bermalam beberapa hari di rumah sendirian.

dan bak kata orang, tahun 2000 ialah tahun millionaire, dan tahun 2000 jugalah sebenarnya permulaan hidup bagi keluarga hawa...

-----this cerpen will be continue-----

*cerita ini hanya cerita semata-mata*

by

penulis hati