12/3/13

menyepi

lama tak update blog.testing2

7/2/13

r.i.n.d.u

saya rindu angah saya.

~Si DiA~



10 perkara aku tak boleh lari

1.air terjun
2.pizza
3.kasut convernce
4.tafsir
5.wallet tropicana
6. roti canai
7. nyanyian semasa pemanduan
8. lagu bersama "devotees"
9. kek coklat
10. cakoi

************************************************

bila tengok air terjun,terasa dia si sana bersama,
bila pergi kedai pizza,teringat permintaannya yg sering ku tepis2kan..hihi
bila usha kasut ala2 style lelaki tu,teringat pule kasutnya..
bila buka tafsirku,teringat kegarangan si dia mengajarku..
bila pegang walletku,teringat pemberian si dia..
bila makan roti canai, teringat bebelan si dia mengidam pagi2 buta..
bila memandu sambil nyanyi,si dia akan merungut kecil akan suara merduku..
bila dengar lagu devotess tu kami akan jadikan ia seperti seirama senada
hanya kek coklat dia aku boleh masuk untuk ditelan
dia yang kenalkan aku apa itu cakoi

walau dia tidak sepertiku,
walau dia selalu begitu,
walau dia kelihatan mcm tu,
dia tetap adik aku

::missherbadly::


~penulishati~

1/2/13

conTengan JalanaNku


COnteNgaN jalANan AkU

1990-1996 :
 melihat indah nya bumi di pekan dan kuantan,dan mula mengenali huruf2 alif,ba,ta, dan A,B,C.. mula mengenali apa itu OooSoomm,apa itu main tenteng, apa itu kona kondi...dan mula mengenali erti kawan..

1997-1999:
ku lihat ada perbezaan kuantan dan sungai petani..ya,di sini pula contengan jalanan yg tercoret utkku..di sini ku mula mengenakan pakaian seragam berkain hitam berkasut putih bersize 3 rasanya..mula mengenali erti disiplin diri..mula mengenali erti berdikari..mula belajar naik bus,mula belajar erti ekonomi(masa rehat sek)..mula belajar erti kepimpinan(tibe2 jd pengawas)..

masa ini juga,aku mula mengerti erti hidup pada permulaannya..
mula faham apa itu pengorbanan ibu..
mula rasa timbul tidak mahu apa2 dari mereka,hanya mahu masa mereka utk bersama ku dan adik bradikku..walhal masa itu aku hanya berumur 7-9tahun...

2000-2012:
episod penghijrahan buat keluargaku tanpa ayah di sisi..
mula hendak cuba mematangkan diri..setelah melihat kepayahan seorang ibu membesarkan anak2 yg pelbagai kerenah.

aku cuba utk belajar berdikari..dan berdikari..aku mesti tahu utk hidup sendiri..

2003-2005:
kain hitam bertukar biru.alangkah seronoknya aku tika itu. semasa ini,daku mula menjinak2 dengan mengambil aliran arab di sekolahku..

kawan2 di sini banyak mengajarku erti persahabatan sejati..walaupun mereka sewaktu ini tidak semenggah mana,namun jika diupdate skg,masing2 hampir ke kerjaya yg dikejar.syabas kawanku.

teringat kembali episod kami berkejaran dengan cikgu..kami gelar "cikgu penyapu".. memang rasa nakal masa itu hanya Allah yg tahu.tapi nakal2 kami,kami budak nak belajar..

PMR pada masa itu,aku tekadkan utk mendapatkan yg terbaik..
alhamdullilah..Allah izinkan..

2006-2007:
kali ini aku mula mencari punca minatku dalam bidang yang akan aku pilih utk masa hadapan. YA, CIVIL eng.. walaupun masa itu aku hanya tahu perkataan Arkitek.. lantas sek tek cheras telah tercatat utkku teruskan kehidupan..

di sini,aku mula mengenal usrah..
di sini aku mula membentuk keperibadian dalam kepimpinan..
di sini aku mula menjadi seorang hamba kepadaNYA..
masa ini aku telah berumur 17 tahun..
16 tahun aku telah sia-siakan kehidupanku...Allah..

2008-2009:
KMM tercinta,menjadi pujaanku..
di sini ku menjejak langkah utk meneruskan amanah peribadi dari Allah..
dan di sini aku makin rasa tenang apabila mendekatkan diri dengan aktivti di surau/masjid..
dan di sini, aku mempunyai sahabat2 yg sangat menarik dan dirindui..
dan semasa ini aku mula belajar berjauhan dengan keluargaku..

2009-kini:
daku tekad ingin pulang ke kampung halaman,
lalu di kg ku hanya ada UMP ..
butang submit telah ku tekan,dan tawaran menjadi impian.
Alhamdulillah.. Allah bagi lagi...
di sini, aku mula belajar hidup Ala2 Universiti..
lebih kurang matrik..
tp yg bestnya.. di sini ada usrah lagi..
di sini mcm2 aku pelajari,
study,
sahabat,
ukhwah,
adik,
kakak,
kepimpinan,
keyakinan presentation,
dan pengalaman LI tidak ku lupakan..
dan projek2 akhir tahun

kini...

menjelang 2013..
aku hampir mencecah 23 tahun... Allah...

apa yang aku telah usahakan untuk islam?

TIADA..

Allah...Allah...Allah...

nikmat mana yang aku boleh dustakan lagi..

maafkan aku Allah..

terima kasih Allah..

berikan aku kekuatan utk terus istiqamah di jalan yg engkau redhai walaupun manusia tidak menyukainya..

~penulis hati~

12.40am
3 Jan 13
meja study C61**