12/3/13

menyepi

lama tak update blog.testing2

7/2/13

r.i.n.d.u

saya rindu angah saya.

~Si DiA~



10 perkara aku tak boleh lari

1.air terjun
2.pizza
3.kasut convernce
4.tafsir
5.wallet tropicana
6. roti canai
7. nyanyian semasa pemanduan
8. lagu bersama "devotees"
9. kek coklat
10. cakoi

************************************************

bila tengok air terjun,terasa dia si sana bersama,
bila pergi kedai pizza,teringat permintaannya yg sering ku tepis2kan..hihi
bila usha kasut ala2 style lelaki tu,teringat pule kasutnya..
bila buka tafsirku,teringat kegarangan si dia mengajarku..
bila pegang walletku,teringat pemberian si dia..
bila makan roti canai, teringat bebelan si dia mengidam pagi2 buta..
bila memandu sambil nyanyi,si dia akan merungut kecil akan suara merduku..
bila dengar lagu devotess tu kami akan jadikan ia seperti seirama senada
hanya kek coklat dia aku boleh masuk untuk ditelan
dia yang kenalkan aku apa itu cakoi

walau dia tidak sepertiku,
walau dia selalu begitu,
walau dia kelihatan mcm tu,
dia tetap adik aku

::missherbadly::


~penulishati~

1/2/13

conTengan JalanaNku


COnteNgaN jalANan AkU

1990-1996 :
 melihat indah nya bumi di pekan dan kuantan,dan mula mengenali huruf2 alif,ba,ta, dan A,B,C.. mula mengenali apa itu OooSoomm,apa itu main tenteng, apa itu kona kondi...dan mula mengenali erti kawan..

1997-1999:
ku lihat ada perbezaan kuantan dan sungai petani..ya,di sini pula contengan jalanan yg tercoret utkku..di sini ku mula mengenakan pakaian seragam berkain hitam berkasut putih bersize 3 rasanya..mula mengenali erti disiplin diri..mula mengenali erti berdikari..mula belajar naik bus,mula belajar erti ekonomi(masa rehat sek)..mula belajar erti kepimpinan(tibe2 jd pengawas)..

masa ini juga,aku mula mengerti erti hidup pada permulaannya..
mula faham apa itu pengorbanan ibu..
mula rasa timbul tidak mahu apa2 dari mereka,hanya mahu masa mereka utk bersama ku dan adik bradikku..walhal masa itu aku hanya berumur 7-9tahun...

2000-2012:
episod penghijrahan buat keluargaku tanpa ayah di sisi..
mula hendak cuba mematangkan diri..setelah melihat kepayahan seorang ibu membesarkan anak2 yg pelbagai kerenah.

aku cuba utk belajar berdikari..dan berdikari..aku mesti tahu utk hidup sendiri..

2003-2005:
kain hitam bertukar biru.alangkah seronoknya aku tika itu. semasa ini,daku mula menjinak2 dengan mengambil aliran arab di sekolahku..

kawan2 di sini banyak mengajarku erti persahabatan sejati..walaupun mereka sewaktu ini tidak semenggah mana,namun jika diupdate skg,masing2 hampir ke kerjaya yg dikejar.syabas kawanku.

teringat kembali episod kami berkejaran dengan cikgu..kami gelar "cikgu penyapu".. memang rasa nakal masa itu hanya Allah yg tahu.tapi nakal2 kami,kami budak nak belajar..

PMR pada masa itu,aku tekadkan utk mendapatkan yg terbaik..
alhamdullilah..Allah izinkan..

2006-2007:
kali ini aku mula mencari punca minatku dalam bidang yang akan aku pilih utk masa hadapan. YA, CIVIL eng.. walaupun masa itu aku hanya tahu perkataan Arkitek.. lantas sek tek cheras telah tercatat utkku teruskan kehidupan..

di sini,aku mula mengenal usrah..
di sini aku mula membentuk keperibadian dalam kepimpinan..
di sini aku mula menjadi seorang hamba kepadaNYA..
masa ini aku telah berumur 17 tahun..
16 tahun aku telah sia-siakan kehidupanku...Allah..

2008-2009:
KMM tercinta,menjadi pujaanku..
di sini ku menjejak langkah utk meneruskan amanah peribadi dari Allah..
dan di sini aku makin rasa tenang apabila mendekatkan diri dengan aktivti di surau/masjid..
dan di sini, aku mempunyai sahabat2 yg sangat menarik dan dirindui..
dan semasa ini aku mula belajar berjauhan dengan keluargaku..

2009-kini:
daku tekad ingin pulang ke kampung halaman,
lalu di kg ku hanya ada UMP ..
butang submit telah ku tekan,dan tawaran menjadi impian.
Alhamdulillah.. Allah bagi lagi...
di sini, aku mula belajar hidup Ala2 Universiti..
lebih kurang matrik..
tp yg bestnya.. di sini ada usrah lagi..
di sini mcm2 aku pelajari,
study,
sahabat,
ukhwah,
adik,
kakak,
kepimpinan,
keyakinan presentation,
dan pengalaman LI tidak ku lupakan..
dan projek2 akhir tahun

kini...

menjelang 2013..
aku hampir mencecah 23 tahun... Allah...

apa yang aku telah usahakan untuk islam?

TIADA..

Allah...Allah...Allah...

nikmat mana yang aku boleh dustakan lagi..

maafkan aku Allah..

terima kasih Allah..

berikan aku kekuatan utk terus istiqamah di jalan yg engkau redhai walaupun manusia tidak menyukainya..

~penulis hati~

12.40am
3 Jan 13
meja study C61**

10/26/12

qurban 26 oct 2012

raya haji tahun ini berlainan dengan tahun2 sebelum ini.

hanya kepada Allah ku letakkan pergantungan dan berserah.

memberi segala benda yang aku sendiri tidak mampu beri sepertimana aku dapat semasa kecil.

tabahkan hatiku, hati ibuku, hati adik beradikku ya Qawiyyu...

memandang erti pengorbanan yang 1001 tafsiran dalam kehidupanku.

novel "contengan jalanan" menjadi penguat dalam erti kehidupan yg realiti kini.

novel "Al-Quran Al karim" menjadi penguat zahir dan batin dalam mencari erti aku hidup di bumi..

" the man who decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh"

kalo dies on tenth hour tu pun da kritikal... T_T

5/31/12

menyendiri lagi


Kedinginan malam menyelubungi setiap dinding di teratak rumahku.
1.20am…. 1 jun 2012…
dendangan lagu "dadali~mengapa kau pergi" sedang berputaran

Ya, di mana saat ini aku berada di teratakku sedangkan teman2 sperjuanganku berada di kampus. Tidak lama lagi final exam… (sambil menarik nafas dalam2)
Seperti biasa, bila pulang ke rumah, banyak cerita2 yg diupdate kepadaku..
Itula…inilaa..mcm2 la..
Hakikatnya inilah keluarga aku…
Keluarga yang aku sayangi… yang ingin ku bimbing bersama tutur langkahku….

Dalam kedinginan ini juga, aku teringatkan seseorang…
Seseorang yang sentiasa muncul di ingatanku tiap detik….
Seseorang yang aku sayangi…
Seseorang yang aku rindui…
Dalam nakal-nakalnya, hanya dengan senyuman, marahku hilang…

Namun, bak kata pepatah, “bapak borek anak rintik”…..
Dia seperti aku….
Banyak kenalan di sampingnya…..
(sambil termenung seketika)
Kadang-kadang, aku terlupa, dia bukan insan utk ku seorang…
Kenalan di sampingnya sangat2 memerlukannya…
Tapi, kenapa masih ada rasa ini?
Sedangkan hakikatnya aku tahu?

Kini, aku mula terasa, dia makin jauh…walaupun hakikatnya
Dia ada di sampingku….
Adinda, maafkanku andai diri ini selalu membuatkan dirimu terseksa dengan kerenahku…
Namun…
(menarik nafas yang dalam sekali lagi)
Tak mengapalah… biarlah daku simpan perasaan ini…
Agar kau boleh pergi jauh ke hadapan lagi….
Dan sememangnya itulah caranya utkmu…

Adinda yang jauh di mata sekarang…
Daku ada di sini…
Ada di sini…
Ada di sini…


Mungkin yang pertama itu lebih baik dari yang lain…
Mungkin seorang itu lebih baik dari banyak…

Walau apapun, coretanku pada malam yang dingin ini hanyalah mainan perasaanku sendiri…

(tiada kene mengena dengan sesiapa)
1/6/12
1.31am
Bukit teratai

11/28/11

::TeRiMa KaSiH Allah::

hadirnya dirimu
di saat aku merangkak-rangkak
mencari suluhan cahaya ilahi

hadirnya dirimu
di dalam hatiku yang gundah gelana
dengan ujian dan tomahan dunia

hadirnya dirimu
di hadapanku
sewaktu air mataku deras mengalir

hadirnya dirimu
di jiwaku yang remuk redam
oleh bisikan syaitan

hadirnya dirimu
di dalam hidupku
ternyata tiada ungkapan yang indah

melainkan...
ALHAMDULILLAH....

seingat aku, dahulu, di awal perkenalan kita,
daku pernah berkata padanya,

"adik, akak tidaklah sekuat mana
seperti yang adik nampak, bolehkah adik
ada bersama akak susah atau senang?"

Dia tersenyum tenang.
segaris senyumannya cukup memberi ketenangan
tatkala jiwaku tengah berperang dengan
ketentuan ilahi...

dan,

saat paling manis dalam episod kisah aku dan dia
adalah ibu dan emak masing2 mula mengenali
anak2 baru mereka...

sungguh,aku teramat sayangkan dia...
JIKA iman di dadanya masih lagi utuh
untuk menasihatiku sebagai kakaknya...

sungguh, belum pernah aku kenal insan
seperti dia,
sanggup membantuku bangun dari jatuh,
sanggup menemaniku walaupun dia sibuk
sibuk dengan tanggungjawab yang ada..
sanggup menemaniku tidur tatkala daku kesedihan..
sanggup menyangiku keranaMU ya Allah...

aku masih lagi ingat, semasa di alam persekolahan,
aku sering berdoa,

"ya Allah, kurniakanlah aku teman yang baik,
yang mampu mengingatkan aku kepadaMU,
yang mampu mengukir senyuman kepadaku
yang mampu menasihatiku,
yang mampu mengasihiku seadanya..
kerana aku insan yang lemah..
amin.."

dan
Kau kabulkan separuh dari doaku ya Azim,


aku takut Ya Allah,
apabila aku bakal menjadi seorang graduan
bererti aku bakal berpisah dengannya,
bererti aku bakal berjauhan dengannya,
ya,
aku masih boleh ziarah ke rumahnya,
namun,
aku belum pasti,
adakah situasi itu akan sama seperti sekarang?

ya Allah,
janganlah Kau meletakkan kasihku padanya
melebihi kasihku padaMU..

terima kasih ya Allah,
kau terbitkan rasa cintaMU ke hatinya
dan hatiku jua...

pertemuan dengannya banyak menginsafi diriku..
pertemuan dengannya banyak mengajarku kehidupan..
pertemuan dengannya banyak mengajarku istghfar...
pertemuan dengannya banyak mengajarku erti HIDUP...

ya Allah, hanya kepadaMU aku serahkan dia
dalam lindungan RAHMATMU ya Allah...

aku sayangkan dia
aku kasihkan dia

peliharalah dia,
jadikan dia serikandi agamaMU ya Karim

TERIMA KASIH YA ALLAH.........
to my dear angah

10/17/11

TeLL me WhY?

in my dream children sing
a song of love for every boy and girl
the sky is blue and fields are green
and laughter is the language of the world
then i wake and all i see
is a world full of people in need

tell me why
does it have to be like this?
tell me why
is there something i have missed?
tell me why
coz i don't understand
when so many need somebody
we don't give the helping hands
tell me why...

everyday i ask myself
what will i have to do to be a man
do i have to stand and fight
to prove to everybody who i am?
is that what my life is for
to waste in a world full of war?

*****************************