1/17/11

buat dirimu

Buat insan teristimewa di dalam kalbuku

Duhai dirimu yg ku rindui

“Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yg sementara
Bagaimanakah bila semua
Hilang dan pergi meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti x kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu
Utk kembali mengulangkn masa lalu”


Duhai dirimu yg ku cintai

“Dunia ini……
Dipenuhi hiasan
Semua……
Dan segala yg ada akn kembali padaNYA”


Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Teman sejati tinggallah sepi

Duhai dirimu yg ku sayangi

ku tahu ada ketika kita rasa berduka
Ada ketika suka menyapa
Ingin ku khabarkan bahawa hanya ada satu sahaja
yang sentiasa Sudi dan sedia berkongsi semua itu
Kongsilah kepada Allah dengan mengucapkan
Alhamdulillah pabila gembira atau pun sedih

Adinda ku…

Sesungguhnya kau mampu menjadi wanita solehah
Kau mampu menjadikan dirimu pembakar semangat perwira
Dirimu juga mampu berkorban demi agama
Malah dirimu juga mampu bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta kita syg….

Adindaku…..

Jika tiba saat waktu aku terpaksa meninggalkan dirimu
Kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan
Ketahuilah bahawa sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Tulus ikhlasmu luhur budimu memang tiada pengganti
Memori kita bersama walau sesingkat bagai sehela nafas
Akan menjadi memori terindah dalam hidupku

Adindaku….

Jika diikutkan hati ku yang berdegup dengan izinNYA
Ingin sahaja aku pergi mengusap air matamu
Tatkala ia menitis kerana di duga dengan ujian daripadaNYA
Ingin sahaja aku menyambut senyumanmu yang manis itu
Tatkala dirimu sedang dalam keadaan ceria…
Ingin sahaja aku memelukmu
Tatkala dirimu amat2 memerlukan teman di sampingmu…

Namun…..

Aku hanya seorang insan biasa
Hanya sebagai pengantara
Di mana saat itu kau memang benar2 memerlukan seseorg
Sebenarnya apa yang dikau perlukan ialah
Air mata yang jatuh di saat kau bersujud pada tikar sujudmu itu
Bersujudlah padaNya sayang
Merintihlah padaNya

Aku tahu….

Kau telah dipilih oleh Allah
Sebagai manusia yang istimewa di sisiNYA
Jika tidak
Mana mungkin dirimu akan diuji sedemikian hebat rupa….

Adindaku….

Maafkan diriku ini kerana tidak mampu membimbing dirimu
Kerana aku juga masih tercari2 jalan yang dikurniaknNYA

Marilah adindaku syg

Kita sama2 mencari keredhaan Allah…
Kita sama2 menjejaki langkah para nabi dan sahabat yg menuju ke syurgaNYA
Berjanjilah dengan ku wahai adindaku….
Berjanjilah bahawa dirimu akan tegas menegakkan apa sahaja yang berlandaskan islam
Berjanjilah bahawa dikau akan menjaga dirimu dari kumbang2 atau pemburu2 yang akan merosakkan
Dirimu….

Berjanjilah sayang

Sayanglah diriku bukan kerana apa yang ada pada diriku

Tetapi….

sayanglah daku hanya dengan sepotong doa darimu utkku….
Ku sentiasa berdoa agar dirimu sentiasa dipimpinNYA ke jalanNYA….
insyaAllah….

Tulus ikhlas dari ku wahai adindaku syg……..

penulis hati

1/11/11

bismillahirrahmanirrahim....

alhamdulillah aku masih lagi diberikan sisa2 nafas ku utk teruskan perjuangan di bumi Allah ini.. hmm...sudah lame x post ape2 entry di sini...

aku baru saja pulang dari bercuti sems baru2 ini...hmm...pengalaman cuti kali ini memg xdpt dilupakan seumur idup aku... di mana aku menemani ibuku di hospital utk membuat rawatan kimoterapi,radioterapi dan DHR...pengalaman duduk di wad bnyk memberi kesedaran kpd aku bahawa perlunya aku sentiasa bersyukur dikuriakan kesihatan yg baik...melihat pesakit2 yg terlantar kesakitan d katil masing2, ade yang tua dan ade yg sebaya dengan aku...di tambah dengan layanan yg "istimewa" dari nurse2 di situ...memg agak xpuas hati dengan layanan mereka terhadap pesakit2...mungkin kerna nurse2 di situ 'sudah biasa' atau 'sudah lali' dengan perangai patient2 di situ...

alhmdllh ibuku sudah menghabiskan rawatan nyer di hospital dan kini kene tggu 3 bulan utk pengesahan tiada lagi ketumbuhan atau kanser seperti sebelum ini...

alhamdullilah....

bersyukur lagi sekali aku demi ibu tercinta...

alhamdulillah.....

dan bersyukur aku kerana cuti ini aku tidak sia2 cuti aku....

alhmdllh....

bersyukur aku kerana mula merasai kemanisan berukhwah apabila berjauhan dengan teman2 dan sahabat2...

alhmdllh....

bersyukur aku kerana cuti kali ini aku di izinkan utk mencari ilmu2 Allah...

alhmdllh....

bersyukur aku kerana selamat tiba d kampus tercinta dengan selamat dan sudah menjalani kuliah hampir 1 minggu lebeh kini....

alhmdllh.....

setiap hari setiap detik hati aku makin berdebar2 utk melalui titian kehidupan yg bakal aku susuri...

Ya Allah... aku x kuat utk tempuhi nya tanpa diberi kekuatan dariMU...

tanggal 6 januari 2011 ialah ulang tahun kelahiran aku dlm kalendar masihi...

alhmdllh sekali lagi....

aku masih sempat utk menyambut dengan penuh kenikmatan yg Allah kurniakan...di tambah lagi dengan sambutan2 dari rumate, sahabat2, adik kesygn..dan family yg ucap dari jauh....

alhamdulillah....

Ya Allah....

alhmdllh....

kini aku perlu berani utk berhadapan mehnah dan tribulasi demi kefahaman yg telah dipupuk dan masih lagi dipupuk...tiada lagi perlu lontarkan persoalan2 yg selalunya aku ajukan dulu...tp...adakah aku mampu? adakah aku kuat?....

jujur aku katakan hati kecilku merintih mengatakan "tidak...aku x kuat lagi" namun perancangan Allah lebih hebat...tiada siapa yg tahu...

semakin aku mula cuba utk memahami...semakin terhimpit dadaku dek kerna mula terasa betapa besarnya yg perlu aku pikul sebagai seorg anak,adik,kakak,rumate,classmate,sahabat,teman,jiran,muslimah.....Ya Allah....

aku teringat kata2 nqibah ku dulu

"jika kita hendak memahamkan seseorg,kita perlu fahamkan ia dulu"

jika kita suruh org dekatkan dri kepada Allah,kitalah org yg pertama perlu dekat pada Allah

subhanallah.....

hmm...semester kali ni semester baru bagi aku kerana aku mengalami perubahan suasana di dalam kelas kerana kelas aku telah bertukar...pada mulanya agak canggung namun atas bantuan teman2 sekelasku yg baru membuatkan aku semakin lame tidak kekok...time kaseh teman2 ku...

hmm...da nk masuk maghrib....jom kite bersiap2 ke masjid atau surau berdekatan utk menimba ilmu Allah....

aku akhiri entry ini dengan lafaz

alhamdulillah.....

penulis hati